Asmawi Ani atau Mawi merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia 3 di Malaysia pada tahun 2005. Beliau mencuba nasibnya di Akademi Fantasia sebagai usaha untuk mengubah nasibnya. Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung beliau terus menjadi seorang ikon negara yang setanding dengan penyanyi terhebat tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Asmawi dilahirkan pada 25 Ogos 1981. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.Dalam masa setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan.Merupakan anak peneroka Felda Taib Andak di Kulai, Johor, beliau telah diangkat menjadi juara hasil undian rakyat Malaysia. Undiannya telah memecahkan rekod juara-juara yang lepas iatu Vince dan Zahid.Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!".
Lihat video ini:
Biodata ASMAWI (MAWI)
- Tarikh lahir : 25 Ogos 1981
- Zodiak : Virgo
- Tinggi/Berat : 173cm/56kg
- Bangsa : Melayu
- Agama : Islam
- Hobi : Bermain sepak takraw
- Makanan/Minuman kegemaran : Nasi Goreng Kampung/Teh O'
- Penyanyi kegemaran : Yassin, Nash, Waheeda
- Pelakon kegemaran : M.Rajoli, Jalaluddin Hassan, Ida Nerina, Umie Aida
- Lagu kegemaran : Seruan
- Keluarga: Anak kelima daripada enam orang adik beradik
NEWS FLASH *(Sumber : keratan ahkbar Berita Harian(hip) ).
Berbaloi tengok aksi Mawi
Bayaran
RM350 hingga RM500 setiap tetamu menyaksikan
persembahan
Mawi
sempena Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur
terlalu lumayan untuk artis baru sepertinya |
  ;

